


RUANG
RUANG NYATA / FIZIKAL
i. Ruang terbuka – ruang bagi kawasan lapang seperti padang, taman bunga, pantai dan lain-lain.


ii. Ruang tertutup – ruang bagi kawasan yang sempit seperti di dalam bilik atau di dalam sesebuah bangunan.


Ruang adalah kawasan kosong di sekeliling sesuatu objek, jarak di antara dua objek dan di dalam sesuatu objek.
2. Ruang wujud di alam nyata dan dalam sesebuah karya seni.
3. Objek yang sama saiz akan kelihatan lebih besar jika berada di hadapan dan akan kelihatan semakin kecil apabila berada di belakang/jauh.
4. Warna objek yang di hadapan akan kelihatan lebih jelas, manakala warna objek di belakang pula akan kelihatan semakin kabur.
5. Semua unsur seni iaitu garisan, jalinan, rupa, bentuk dan warna memainkan peranan dalam mewujudkan ilusi ruang dalam sesebuah karya seni visual.
RUANG ILUSI / MAYA
wujud dalam karya seni seperti lukisan, catan, cetakan, seni fotografi dan sebagainya
i. Ruang dalam – ruang yang memperlihatkan kesan perspektif hasil daripada penggunaan elemen asas seni reka seperti dalam catan landskap.


ii. Ruang cetek – ruang dalam kawasan terbatas seperti dalam sesebuah bilik.
iii. Ruang rata – karya seni visual yang memperlihatkan olahan pada satah atau permukaan yang sama

